LabuSayong@SiputSedut

My 21st Birthday!!!...

Published by sH@h @nDy under on Sunday, July 12, 2009





Orang kata klw dah masuk angka 21 ni kita kena la bersikap lebih matang dan sentiasa peka dengan apa je kita buat. Sebab apa?.... Sebab masa ni la org da mula akan perhati setiap perbuatan kita dengan lebih kerap. Bukan nak kata la sebelum msuk angka 21 ni org x perhati kita tapi angka 21 ni menyebabkan org lebih memandang tinggi terhadap diri kita...

Lagi satu angka 21 juga sangat bermakna buat aku sebab sekarang ni aku secara rasminya dah masuk alam dewasa yang sememangnya penuh dgn cabaran serta pancaroba ynag ak sendiri pun xtau ak bersedia atau x nak berhadapan dengannya... Huhu...

Satu persoalan untuk diri ak sendiri? "Aku dah cukup matang ke sekarang ni?" Sebab apa ak tanya soalan tu kat diri ak adalah sebab ramai kawan2 ak yg anggap ak x cukup matang nak jadi dewasa. Gusi bongsu ak pun x tumbuh2 lagi walaupun ak dah masuk 21 tahun hari ni...

Dan masuk tahun ni jugak ak dah x sambut birthday ak masuk tahun ke-5... Haha... korg percaya x yg ak x sambut birthday selama tu... X sambut tu means ak xde la pergi sambut dengan beli kek, makan rmai2 dan semualah aktiviti yg org selalu buat nak sambut birthday... Ak sekadar terima wishes birthday je la dari family members n my friends...

So that not the big deal sebab birthday bukanlah segala-galanya dalam hidup ak. Lagi pun banyak lagi benda2 yg lebih penting ak nak kena capai... Sebab birthday ni sebenarnya menunjukkan kita yg semakin lama kita hidup atau bertambahnya angka tu, semakin dekat kita nak menemui yg Maha Esa...

Bercakap pasal yang Maha Esa, semalam iaitu 11 Julai 2009 juga, genap la 2 tahun pemergian arwah Ibundaku yang tersayang, Wan Zabidah bt Wan Yusof pergi bertemu yg Maha Esa... Tragis kan sambut birthday lepas pemergian org yg tersayang... So ak pun disebabkan hal ini jugalah ak x sambut birthday sangat... X seronok memikirkannya...



Al-Fatihah untuk arwah ibuku... Semoga rohnya akn ditempatkan di kalangan org2 yg beriman... Amin...

Sebelum ak mengakhiri ucapan untuk diri ak ni(motif sangat kan?... Haha...), ak nak mintak maaf kepada semua lah, abahku, Shaharudin b Nordin yang telah banyk berkorban sehingga ak mencapai umur ni, adik beradikku, rakan-rakan yg wish n yg x wish pun xpe la, serta semua yg ak ada buat sakit hati, marah dan sebagainya... Kalau ada hutang tu klw korg ingat mintak la & klw ak plak x ingat ak mintak korg halalkan je la...
Haha...


Sekian sajalah nukilan semperna hari kelahiranku yang ke-21 ni...
Harap-harap diberi kesempatan oleh yang Maha Esa untuk bertemu angka ke-22 pula..




Sekian, Wassalam...

4 comments:

Anonymous said... @ July 12, 2009 at 2:20 PM

eyh?21??
btol ke ney?
ko tua setaun la ey dr ktorg?
la...
bru tau ney..
nway, hepi besday...(*-^)v

Adeq Abang said... @ July 12, 2009 at 3:00 PM

Selamat hari lahir yang ke-21....
semoga panjang umur, sentiasa dimurahkan rezeki, dan semoga selamat dunia dan akhirat. diharap tabah dalam menghadapi semua dugaan! peace!

azwan bamadhaj said... @ July 15, 2009 at 8:43 AM

happy birthday.....

sH@h @nDy said... @ January 13, 2010 at 9:44 PM

tima kasih sume yg wish...

Post a Comment

 

Followers