LabuSayong@SiputSedut

I've Been Tag By Suria

Published by sH@h @nDy under on Tuesday, February 24, 2009
Sebenarnya ak sendiri pun xtau tag mengetag ni ape sebab ak baru je nak msk dlm dunia blog ni... So kata orang alah bisa tegal biasa, kena la aku biasakan dengan benda2 macam ni.... Tapi ak still lg tak tau nak jawab macam mana dengan soalan2 yang diajukan tu sebab ak pun x pernah terpikir pun nak buat benda2 yg ak mmg tak pernah pikir sebelum ni... So ak nak mintak maaf la kalau apa yang ak jawab ni tak memenuhi keperluan yang dikehendaki oleh tag ni n org yg tag ak jugak iaitu suria bt mahmud...

1) Anda rasa anda hot??
Untuk menjawab soalan ni ak rase macam senang je sebab apa tau kalau difikirkan dengan otak yang rasional hot tu maknenya panas... So sebagai manusia biasa ak rase ak sememangnya hot sebab badan ak sentiasa je rase panas...Tp klw badan ak rase sejuk tu maknenya ak da Innalillah la jawapannya...Huhu... Tp klw nak jawapan dari segi istilah dan kehendak soalan ak rase org je yg boleh jawab...Tp ada la satu cerita ni yg berlaku stu malam bila ak tgh tggu, kwn pastu dtg la kwn klas ak ni nak meeting PETAKOM dgn kwn dia.. Yg peliknya bdk tu bleh plak tiba2 kata ak ni "HENSEM"?... Motif?... Ak pun masih lagi tertanya-tanya... Dr cerita dia atas korg pun bleh pikir sendiri rasenya...

2)Uplode gambar kegemaran???







3) Keistimewaan gambar-gambar tu?...
Gambar 1st lak gambar family ak mase abg sulung ak kawin thn 2007...Best sngt.. Ak jd pengapit kali ke-2 masa tu la... Org tua kata xleh jd pengapit 3 kali berturut-turut sebab takut hilang seri...huhu...Takut gak... Kang x pasal2 ak x kawin plak...

Gambar yang 2nd tu gmbr bdk2 klas ak... So ak sememangnya suka gambr tu sebab ak rase cam kita org ni dah macam family... Ak pun ada gelaran sebenarnya iaitu 'Alang' yang dipanggil oleh keluarga kecil dak klas ak yang diketuai oleh Kak Long, Abg Long, Kak Ngah, Alang(aku), & Acu...

Gambar last tu plak adalah gmbr ak n family debat UMP... byk sngt prngalaman ak dengan diorg...Seronok jgk debat ni tapi kadang2 penat n stress gak...huhu...

4) Kali terakhir makan pizza
Masa latihan tuk debat ASTAR kat UM dimana ktorg yg pergi debat Astar ni telah dibelanja makan pizza oleh Imah@Sherry... Tima kasih Sherry... Lain kali bleh belanja lagi... Hihi...

5)Lagu terakhir dengar
Xde la lagu akhir yang ak dengar sebab bleh dikatakan tiap2 hari ak dengar lg... Tgh bt post ni pun ak dgr lagu dr radio UMP...

6) Apa kamu buat selain jawab tag
Dengar lagu x pun melayan perasaan...huhu...

7) Selain nama kamu sendiri..apa lagi nama yang kamu suka orang panggil kamu
Xde dah...Dah memmang sebaik-bak nama & unik...Hihi...

8)Tag 5 orang
Sape je la yang sudi...x larat la buat benda ni...org lain pun sama kan?...huhu...

9)Siapa no 1
Yg first bt tag ak ni...Hihi...

10)No 3 ada hubungan dengan siapa??
Korang rase sape ek?...Hem...

11)Katakan sesuatu berkenaan no 5
Semoga berjaya menjawab tag ini dengan jayanya...

12)Bagaimana dengan no 4
Kegigihan berlaku...Huhu...

13)Siapa pula no 2
Second person who do did tag la...Itu pun mau tanya ke?...Hihi...

Akhir kata terima kasih pada yg sudi membaca...Please jgn bg ak tag2 ni da..Seksa oooo nak buat...Huhu...

6 To 6 Challenge!!!...

Published by sH@h @nDy under on Tuesday, February 24, 2009
1. Go to your photo folder in your computer
2. Go to the 6th folder of photos
3. Go to the 6th picture in that folder
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.



Gambar ni merupakan gambar masa Debat FOMCA dimana ni la merupakan pertandingan pertama yg ak pergi bila msk dunia debat...Dr kiri Suria, Kak Nad, & Arni...Walaupun ak pergi sebagai penonton sahaja...banyak pengalaman yg ak berjaya timba drpdnya...

Sape yg kena cabar?...Spe2 la yg sudi...Xnak menyusahkan korg...Hihi...

Finally I'm Hit!!!

Published by sH@h @nDy under on Sunday, February 22, 2009

Kalau korg nampak gmbr tu korg pikir ape?...
Ak sendiri pun x percaya yang akhirnya sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga...
Tu la yang berlaku kat ak n member ak semalam (21 Feb 2009) ktorg terlibat dengan accident...
Walaupun ak ni da kira berpengalaman bawa motorkan...tp klw Allah s.w.t nak ak kena so ak kena redha je la dgn ketentuannya...
Lg pun ni mungkin tanda Allah s.w.t masih sayangkan ak sebab tu dia bg balasan atas dosa2 yang a buat kat atas dunia ni... Alhamdulillah ya Allah...

So ak nak beri peringatan la pada korang yang rase dah besar sangat tu kat atas jalan tu...
Kita ni kecil je jika nak dibandingkan dengan sume yang ada kat dunia ni... sentiasalah beringat kerana klw korag korang rase korang tu dah besar sangat baca la yang bawah ni...(untuk diri ak juga)...

ANALOGI YANG CUKUP MUDAH...
Korang rase kita dah cukup besar dengan Bumi ni kan? Tgk bwh...

Di mana Bumi ? Tu yg paling kiri, bawah.... kalau bumi sebesar tu, kita sebesar mana ? Di gambar ini, jupiter paling besar..... Tgk bwh lg...


Jupiter yg jauh lebih besar menjadi begitu kerdil sekali.... bumi dah jadi sekecil habuk. Kita ??? Di gambar ini mata hari kelihatan jauh lebih besar banding yang lain... Ada lg...


Matahari yang tadinya kelihatan gagah..... sudah jadi kerdil.... mana Jupiter ? Mana Bumi ? Mana kita ? Bintang Acturus nampak sangat besar....

Mana Acturus ??? Tu antara yang kenit.... Bintang Antares lagi besar....

Kita dengan Antares dah jauh ketinggalan..... Kita terlalu kerdil berbanding antares....
Apetah lagi dengan Allah yang Maha Besar.....

Kita terlalu kerdil.....
Jadi hendaklah kita sentiasa ingat mengigati antara satu sama lain tentang asal kewujudan kita ini...
Kredit to: http://ireans.com/forumo/viewtopic.php?id=2757

Ikan Pontianak di Tasik Besar, AS

Published by sH@h @nDy under on Sunday, February 08, 2009
Dengar nama pun dah mengerukan betul tak?... Itulah hakikat ikan yang sangat menakutkan selepas ikan pirahna di AS. Kenapa? Sebab caranya memusnahkan spesies lain sangat menyeramkan - giginya yang tajam digunakan bagi ‘melekatkan’ dirinya pada ikan lain sebelum mengorek isi dan menghisap darah serta cecair pada mangsanya itu. Ini menyebabkan ikan itu dalam tempoh beberapa minit akan mati akibat kehilangan darah selain jangkitan kuman.


Ikan Pontianak

INFO: Lamprey laut

Lamprey laut atau nama sainsnya Petromyzon marinus

Asal dari Lautan Atlantik, boleh ditemui di timur Amerika dan Kanada

Hanya wujud di kawasan Tasik Besar

Kali pertama dikesan pada 1936 di Tasik Michigan

Mempunyai bentuk seakan belut, keluarga ikan tanpa rahang yang sudah wujud sejak zaman dinosaur, panjang antara 20 hingga 40 sentimeter, bahagian belakang berwarna coklat gelap, bermulut bulat dengan gigi tajam, mata besar berwarna merah

Menjadi ikan parasit apabila dewasa

Ikan lamprey air tawar ditemui di perairan Washington, sesetengahnya menjadi ikan parasit dan ada yang tidak

Ikan lamprey air tawar parasit: silver lamprey, chesnut lamprey

Ikan lamprey air tawar bukan parasit: Spesies northen brook lamprey, American brook lamprey.

Nasib baik kat Malaysia takde ikan ni kan?... Kalau tak habis sume kena makan... TAKUT!!!...

Nak tau lagi buka webpage ni : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20090208083025/Article/index_html

Politik Perak

Published by sH@h @nDy under on Sunday, February 08, 2009
Macam la berlaku dengan politik kat Perak sekarang ni. Ak anak jati Perak pun da pening kepala memikirkannya. Mana taknya, YB Nizar sendiri pun tak nak ikut apa yang telah dikatakan beliau iaitu akan ikut apa saja arahan DYMM Sultan Azlan. Lastnya dia derhaka padahal dia dah janji nak ikut arah supaya dia letak jawatan. Sampai Karpal Sigh tu plak berani nak saman Sultan!!!... Isk isk isk... Sedih aku jadi orang Perak...


Berikut antara artikel menarik yang ak ambik dari blog Tun Dr Mahathir...

1. Sandiwara di Perak masih menggelikan hati. Ada lompat keluar kandang, ada lompat masuk kandang.

2. Duli Yang Maha Mulia Sultan sudah bertitah.

3. Tetapi Menteri Besar Pakatan tidak hendak berhenti jadi MB. Pejabatnya sudah dikosongkan oleh Polis.

4. Apakah Polis akan usung MB dan campak dia keluar? Tentu tidak kerana tiada peruntukan undang-undang yang mengizinkannya.

5. Pakatan boleh adakan Kerajaan minoriti. Demokrasi mengizinkan.

6. Tetapi kerajaan minoriti lemah. Dia boleh ditumbang dengan undi tidak percaya oleh majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, kalau Dewan bersidang. Mungkin Pakatan tak mahu ada persidangan.

7. Siapakah yang berhak mengadakan persidangan? Bolehkah puak majoriti paksa Kerajaan minoriti adakan persidangan khas untuk undi tak percaya?

8. Jika tidak dapat paksa Kerajaan minoriti mengadakan persidangan mereka boleh ambil bermacam-macam tindakan untuk merosakkan negeri Perak. Apakah yang boleh dibuat kepada kerajaan minoriti jika ia kekalkan dirinya dan terus merosakkan negeri? Keadaan seperti ini masih kelabu; tak ada peruntukan undang-undang setakat yang saya tahu.

9. Mungkin pegawai tidak akan patuh kepada kerajaan minoriti ini. Tetapi pegawai profesional perlu akur akan perintah Kerajaan yang halal.

10. Kita hanya boleh pandang dan lihat sandiwara yang sedang berterusan. Anwar akan dapat banyak pengajaran daripada sandiwara ini kerana dialah yang beria-ia sangat untuk ada lompat katak yang terbesar pada September 16. Oh! Silap, September 24. Oh! Silap lagi.

11. Amat menggelikan hati mendengar telatah Anwar berkenaan Nasarudin Hashim (ADUN Bota) masuk PKR dan keluar daripada PKR.

12. Lompat masuk (perangkap) boleh tapi lompat keluar tak sah!! He, he, he!

Nak tau lg pergi ke link ni : http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/02/lompat-lagi.html

Student C16 Yg Ceria...

Published by sH@h @nDy under on Saturday, February 07, 2009

Assalamualaikum sume... Ni la antara budak2 klas ak yang tersangat ceria beberapa hari ni... Tgk la muka2 ceria mereka...

 

Em... Tak tau nak cakap pe... Tgk je la gambar2 ni...

Sebenarnya ni dah masuk sem ke-2 ak n C16 bersama-sama... So dah banyak la pengalaman yang kami tempuh bersama... So ak aharap kami dapat menguatkan lagi ukhwah ini supaya dapat dikekealkan sehingga masa hadapan...

 

Followers