LabuSayong@SiputSedut

Politik Perak

Published by sH@h @nDy under on Sunday, February 08, 2009
Macam la berlaku dengan politik kat Perak sekarang ni. Ak anak jati Perak pun da pening kepala memikirkannya. Mana taknya, YB Nizar sendiri pun tak nak ikut apa yang telah dikatakan beliau iaitu akan ikut apa saja arahan DYMM Sultan Azlan. Lastnya dia derhaka padahal dia dah janji nak ikut arah supaya dia letak jawatan. Sampai Karpal Sigh tu plak berani nak saman Sultan!!!... Isk isk isk... Sedih aku jadi orang Perak...


Berikut antara artikel menarik yang ak ambik dari blog Tun Dr Mahathir...

1. Sandiwara di Perak masih menggelikan hati. Ada lompat keluar kandang, ada lompat masuk kandang.

2. Duli Yang Maha Mulia Sultan sudah bertitah.

3. Tetapi Menteri Besar Pakatan tidak hendak berhenti jadi MB. Pejabatnya sudah dikosongkan oleh Polis.

4. Apakah Polis akan usung MB dan campak dia keluar? Tentu tidak kerana tiada peruntukan undang-undang yang mengizinkannya.

5. Pakatan boleh adakan Kerajaan minoriti. Demokrasi mengizinkan.

6. Tetapi kerajaan minoriti lemah. Dia boleh ditumbang dengan undi tidak percaya oleh majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, kalau Dewan bersidang. Mungkin Pakatan tak mahu ada persidangan.

7. Siapakah yang berhak mengadakan persidangan? Bolehkah puak majoriti paksa Kerajaan minoriti adakan persidangan khas untuk undi tak percaya?

8. Jika tidak dapat paksa Kerajaan minoriti mengadakan persidangan mereka boleh ambil bermacam-macam tindakan untuk merosakkan negeri Perak. Apakah yang boleh dibuat kepada kerajaan minoriti jika ia kekalkan dirinya dan terus merosakkan negeri? Keadaan seperti ini masih kelabu; tak ada peruntukan undang-undang setakat yang saya tahu.

9. Mungkin pegawai tidak akan patuh kepada kerajaan minoriti ini. Tetapi pegawai profesional perlu akur akan perintah Kerajaan yang halal.

10. Kita hanya boleh pandang dan lihat sandiwara yang sedang berterusan. Anwar akan dapat banyak pengajaran daripada sandiwara ini kerana dialah yang beria-ia sangat untuk ada lompat katak yang terbesar pada September 16. Oh! Silap, September 24. Oh! Silap lagi.

11. Amat menggelikan hati mendengar telatah Anwar berkenaan Nasarudin Hashim (ADUN Bota) masuk PKR dan keluar daripada PKR.

12. Lompat masuk (perangkap) boleh tapi lompat keluar tak sah!! He, he, he!

Nak tau lg pergi ke link ni : http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/02/lompat-lagi.html

4 comments:

marissa norfis said... @ February 8, 2009 at 4:23 PM

semua org besar2 skunk nie sebenarnyer dah mula takut..sebab kedudukan mreka dah goyah...rahsia byk dah kna bongkar...duit gelap dah jd terang lg bersuluh..apa lg,mestilah jd spt cacing kepanasan...hmm...lihat jer sudah...nk campur pon tambah susah kita yg sedia susah..sebab sesapa sj yg mengancam mreka skunk ni akan cuba dihapus...btol x??

Rowly Rowl@nd said... @ February 10, 2009 at 12:42 AM

tu la pasal... dah la ak ni org perak...anak jati kuala kangsar lg...memalukan je...sedih...

angahpikah said... @ February 11, 2009 at 2:32 PM

susah untuk kita tafsirkan siapa yang berada di pihak yang benar..

dulu aku sering bagi pandangan tentang isu2 politik di Malaysia nih..

Tapi sekarang makin muak dan jelik untuk dibaca.. macam2 ragam dan hal..

Rowly Rowl@nd said... @ February 12, 2009 at 1:13 AM

ye ke...bgs la jugak ko suke baca hal2 politk ni...klw ak xde la...ni pun sebab dia libatkan tempat ak tinggal..tu yang kena amik tau tu..

Post a Comment

 

Followers